Sunday, 16 August 2015

Tips-Tips Memilih Langsir

Cara Memilih Langsir Rumah Paling Cantik

    

5 Tips Memilih Langsir Untuk Rumah atau pejabat yang boleh dijadikan panduan bila ingin mencari langsir baru. Apa yang penting adalah langsir tersebut sesuai dan selesa untuk anda.
1) Bajet – sediakan bajet sebelum anda membuat sesuatu perkara supaya ia tidak membebankan anda nanti untuk membayar. Jika bajet anda besar, anda boleh memilih untuk mendapatkan khidmat nasihat dari pakar...tapi jika bajet anda kecil, cukup sekadar membuat rekaan langsir yang ringkas.
2) Ambil Ukuran – Jika ingin membeli sendiri Fabrik Langsir anda, pastikan anda sudah ada simpan ukuran tingkap / pintu atau tempat yang perlukan Langsir sebelum keluar mencari Fabrik tersebut. Jika anda tidak ada cukup masa untuk memilih Fabrik Langsir anda boleh juga menggunakan Khidmat Dari Pembuat Langsir. Hanya pilih sahaja di dalam katalog.
3) Jenis Fabrik – Pemilihan fabrik langsir mesti mengambil kira pencahayaan dan suasana sesuatu ruang itu. Kebiasaan untuk ruang tamu sangat digalakkan membuat 2 lapis langsir untuk langsir nipis (pencahayaan) dan langsir yang memerangkap cahaya. Untuk bilik pula cukup sekadar 1 jenis sahaja iaitu langsir malam yang boleh memerangkap cahaya.
4) Pemilihan Warna Dan Corak –  Warna dan corak pada fabrik langsir juga memainkan peranan dalam menentukan tarikan pada susun atur dekorasi. Sekiranya anda ingin ruang bilik kelihatan luas dan ceria, eloklah memilih warna langsir yang lebih cerah dan corak yang ringkas agar tidak kelihatan sarat. Manakala jika ingin suasana yang agak malap, seperti dalam kamar tidur, pilihlah langsir yang lebih gelap warnanya. Warna dan corak fabrik langsir juga perlu dipadankan dengan warna dan jenis perabut agar dekorasi ruang tersebut nampak kemas dan menarik.
5) Jenis Rekaan Langsir – Rekaan langsir juga sangat penting untuk menjadikan ruang itu sesuai dengan masa kini...tapi ia juga bergantung kepada bajet.Anda boleh juga mendapatkan Nasihat percuma dari pereka langsir anda.
Selain itu untuk menjadikan sesuatu ruang itu luas, pemasangan langsir harus lebih tinggi dari tingkap atau terus rapat dari atas.
Semoga tips-tips memberi anda idea untuk langsir anda.

#MykhalishTailor
#PerekaLangsirAnda
#FreeConsultation
#ShahAlamTailor
#KotaDamansaraTailor



1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...