Sunday, 28 September 2014

KELAS MEMASAK UNTUK KANAK-KANAK

Salam Semua,

Kelas Masakan untuk kanak-kanak sempena cuti sekolah kini kembali lagi.

Kelas Kek Cawan & Apam
(Sabtu)
RM130/pax

Pagi:
* Belajar membancuh kek dan membakar
* Belajar menghias kek cawan menggunakan buttercream, chocolate frosting dan edible image
Petang:
* Belajar membancuh adunan apam
* Belajar mewarna adunan apam
* Belajar mencorak apam polkadot, dan apam bercorak serta berkarakter

DAN

Kelas Coklat & Cookies
(Ahad)
RM130/pax

Pagi* Belajar mencairkan coklat* Membuat pelbagai bentuk coklat dengan pelbagai inti* Membuat coklat oreo 

Petang
* Membuat cookies ala famos amos
   - Plain    - Coklat

Kenapa Kelas Masakan Untuk Kanak-Kanak?

Apa faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti ini?
Jawapannya adalah aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengasah deria dan psikomotor anak-anak anda.

Aktiviti memasak adalah aktiviti kepelbagaian deria. Kanak-kanak melihat, menghidu, merasa, menyentuh, dan mendengar. Lebih banyak deria terlibat, lebih banyak pembelajaran terjadi. Juga merupakan kegiatan yang sangat baik bagi peningkatan kosa kata kanak-kanak dengan pengenenalan perkataan baru melalui istilah memasak. Kanak-kanak melibatkan diri dan berkomunikasi sesama mereka . Memasak adalah kegiatan yang tidak ternilai harganya .

Pembelajaran Psikomotor adalah hubungan antara fungsi kognitif dan gerakan fizikal. Pembelajaran Psikomotor ditunjukkan oleh keterampilan fizikal seperti gerakan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan, kecepatan; tindakan yang menunjukkan keterampilan motor halus seperti menggunakan sebarang peralatan, atau tindakan yang menunjukkan keterampilan motor kasar seperti penggunaan tubuh dalam tarian, muzik atau sukan. Perhatian diberikan kepada pembelajaran aktiviti koordinasi yang melibatkan lengan, tangan dan jari.

Selain dari sebab-sebab di atas, aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi bersama kanak-kanak lain dan meluahkan imaginasi dan kreativiti mereka, disamping meluangkan masa sempena cuti sekolah dengan lebih bermakna.

* Setiap kelas bermula dari 10.00pg-4.00ptg
* Kelas adalah group hands-on, di mana kanak-kanak akan membuat setiap modul secara berkumpulan. Resipi disediakan untuk semua peserta
* Makan tgh hari dan minum petang disediakan
* Sijil disediakan untuk setiap kelas

Hubungi/sms/email : 017-6672764 / mykhalish.store@gmail.com

Kelas Masakan untuk kanak-kanak khas untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun. 





1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...