Saturday, 4 January 2014

KUASA DO'A



persoalan diri: 

Do'a dulu baru usaha @ usaha dulu baru do'a?

Jawapan ahli usrah:
Kalau sy doa dulu..then usaha..means pergi pd Allah dl..kmudian sbgi makhluk usaha kan dgn bsungguh2. .
Mcmn ustaz? Betul ke? - siti zubaidah

Usaha diiringi doa..
So usaha dulu...-noraziladsp 

Jawapan dr ustaz azhar:
Bagus... Ada dua dua pendapat...
Perkongsian....

Tentang yg mana dulu antara doa dan usaha... 

Apabila satu satu perancangan itu mahu dilaksanakan maka ianya didahulukan dgn do'a.. Sunnahnya tiap perjalanan musafir Sabahat, mrk akan DiDo'akan oleh Nabi صلى الله عليه و سلم dulu...

Ada juga ketikanya, para sahabat r.anhum meminta Nabi صلى الله عليه و سلم mendoakan mereka (iaitu setelah usaha itu dibuat)

Kesimpulannya, dua dua keadaan ini menjadi rahmat kpd umatnya, yg mana tak membebankan kita dgn sunnah ini. Adakalanya berlaku sesuatu perkara lalu kita terus ambil tindakan dan setelah itu berdoa, dan pada ketika yg tenang dan lapang, kita do'a dulu sebelum buat sesuatu pekerjaan.... 

Jadi, Dua dua pun ok dan kita amalkan. Yg terbaik, do'a dulu dan usaha kemudian kerna di sana kita letak pergantungan kpd ALLAH dulu...
 والله اعلم .

Alhamdulillah...asalkan pergantungan kita kepada ALLAH,...doa dulu atau buat dulu pun boleh...insyaallah kita boleh amalkan semua...



Dahulukan Hak Allah SWT Tanda Kecintaan Kita PadaNya


Apabila kita berkehendak mendapatkan sesuatu sama ada duniawi mahupun ukhrawi maka kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Jika usaha kita tidak mampu memperolehinya kita akan meminta pertolongan daripada orang yang mempunyai kuasa. Jika mereka juga tidak mampu membantu kita untuk mencapai hajat kita maka kita akan memohon pertolongan daripada Allah s.w.t,  menadah tangan ke langit sambil air mata bercucuran dan suara yang merayu-rayu menyatakan hajat kepada-Nya. Selagi hajat kita belum tercapai selagi itulah kita bermohon dengan sepenuh hati. Tidak ada kesukaran bagi Allah s.w.t untuk memenuhi hajat kita. Sekiranya Dia mengurniakan kepada kita semua khazanah yang ada di dalam bumi dan langit maka pemberian-Nya itu tidak sedikit pun mengurangi kekayaan-Nya. Andainya Allah s.w.t menahan dari memberi maka tindakan demikian tidak sedikit pun menambahkan kekayaan dan kemuliaan-Nya. Jadi, dalam soal memberi atau menahan tidak sedikit pun memberi kesan kepada ketuhanan Allah s.w.t. Ketuhanan-Nya adalah mutlak tidak sedikit pun terikat dengan kehendak, doa dan amalan hamba-hamba-Nya.

Dan Allah berkuasa melakukan apa yang di kehendaki-Nya. Ayat 27 : Surah Ibrahim

Semuanya itu tunduk di bawah kekuasaan-Nya. (Ayat 116 : Surah al-Baqarah)
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya kelak. (Ayat 23 : Surah al-Anbiyaa’)

Sebahagian besar daripada kita tidak sedar bahawa kita mensyirikkan Allah s.w.t dengan doa dan amalan kita. Kita jadikan doa dan amalan sebagai kuasa penentu atau setidak-tidaknya kita menganggapnya sebagai mempunyai kuasa tawar menawar dengan Tuhan, seolah-olah kita berkata, “Wahai Tuhan! Aku sudah membuat tuntutan maka Engkau wajib memenuhinya. Aku  sudah beramal maka Engkau wajib membayar upahnya!” Siapakah yang berkedudukan sebagai Tuhan, kita atau Allah s.w.t? Sekiranya kita tahu bahawa diri kita ini adalah hamba maka berlagaklah sebagai hamba dan jagalah sopan santun terhadap Tuan kepada sekalian hamba-hamba. Hak hamba ialah rela dengan apa juga keputusan dan pemberian Tuannya.

 Doa adalah penyerahan bukan tuntutan. Kita telah berusaha tetapi gagal. Kita telah meminta pertolongan makhluk tetapi itu juga gagal. Apa lagi pilihan yang masih ada kecuali menyerahkan segala urusan kepada Tuhan yang di Tangan-Nya terletak segala perkara. Serahkan kepada Allah s.w.t dan tanyalah kepada diri sendiri mengapa Tuhan menahan kita dari memperolehi apa yang kita hajatkan? Apakah tidak mungkin apa yang kita inginkan itu boleh mendatangkan mudarat kepada diri kita sendiri, hingga lantaran itu Allah s.w.t Yang Maha Penyayang menahannya daripada sampai kepada kita? Bukankah Dia Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan Tadbiran-Nya, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya. (Ayat 14 : Surah al-Mulk)

Dialah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, (dan Dialah jua) yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Ayat 18 : Surah at-Taghaabun 

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu? (Ayat 106 : Surah al-Baqarah).

Wallahhualam


1 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...